Tuesday, 27 August 2013

KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN

Siapa sukakan serai?
Angkat tangan!
Saya sangat sukakan serai dalam masakan terutamanya...Kalau masak tomyam, mesti nak serai lebih..bakar ikan..mesti nak letak serai kat dalam perut ikan..memang Sedap!!!

Tapi mungkin ramai tak tahu khasiat serai ni..Selain daripada dapat buang angin dalam badan, terdapat 6 lagi khasiat serai untuk kesihatan yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Berikut merupakan artikel yang saya ambil daripada satu page.

Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Amal tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai. Ia dapat melegakan sakit dengan bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Serai juga mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut 
Mengamalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, dapat melegakan masalah senguggut, sekaligus rasa mual juga akan hilang.

Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.


Saya merupakan pengedar sah Shaklee di Malaysia...Membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.


Untuk maklumat Lanjut, Boleh Hubungi saya:
PENGEDAR SAH SHAKLEE, Siti Mahani (ID955061)
emel: anieyshaklee.gmail.com
Facebook: along8502@yahoo.com
Fanpage: www.facebook.com/SihatMenggoda
atau sms: 0133340694


~~THANKS FOR READING~~

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.
*Hasil bagi setiap individu adalah mungkin berbeza.

No comments:

Post a Comment