Wednesday, 17 July 2013

BAHAYA RESDUNG (SINUS)



Kerap Demam, selsema, gatal- gatal atau rasa sakit pada bahagian muka? Anda mungkin menghidapi resdung. Penyakit ini tidak boleh dibiarkan melarat…Berikut merupakan antara petikan Artikel yang saya ambil dari Portal Utusan:

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka. Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata * Jangkitan otak (meningitis)* Sakit tekak yang kronik* Jangkitan tulang muka* Memburukkan keadaan lelah* Berdengkur yang kronik* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak * Alahan hidung atau hidung sensitive * Selesema biasa yang melarat.

Artikel Penuh 


Untuk maklumat Lanjut, Boleh Hubungi saya:
Hubungi saya, Siti Mahani (ID955061)
emel: anieyshaklee.gmail.com
Facebook: along8502@yahoo.com
Fanpage: www.facebook.com/SihatMenggoda
atau sms: 0133340694


~~THANKS FOR READING~~

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.
*Hasil bagi setiap individu adalah mungkin berbeza.
 

No comments:

Post a Comment